Pemerintahan Dinasti Abassiyah adalah berketurunan daripada al-Abbas, bapa saudara Nabi S.A.W. Penubuhan dinasti ini adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap tampuk pemerintahan Islam iaitu khalifah lebih layak disandang oleh keluarga Rasul dan sanak-saudaranya. Tetapi idea ini telah dikalahkan di zaman permulaan Islam itu, di mana pemikiran Islam yang sihat menetapkan bahawa khalifah itu adalah milik kepunyaan seluruh kaum muslimin dan mereka berhak melantik sesiapa sahaja antara kalangan mereka untuk menjadi ketua setelah mendapat sokongan. Tetapi orang-orang parsi yang masih berpegang kepada prinsip hak ketuhanan yang suci, terus berusaha menyebarkan prinsip tersebut sehinggakan mereka berjaya membawa Bani Hasyim ke tampuk pemerintahan(Prof. Dr. A.Syalabi, 2000,4).
Tahun pemerintahan dinasti Abassiyyah bermula dari tahun 132H hingga tahun 656H iaitu selama 524 tahun. Tempoh sebegitu lama yang dinikmati oleh golongan Abassiyyah ketika memegang tampuk pemerintahan tidak beerti bahawa kekuasaan para khalifahnya sama sejajar. Sebaliknya kekuasaan tersebut adalah berbea-beza yang menyebabkan para pengkaji membahagikan tempoh pemerintahan Abassiyyah itu kepada beberapa period. Tempoh pemerintahan Abassiyyah itu dibahagikan kepada tiga period yang masing-masing mempunyai cirri-ciri tersendiri berbeza dari yang lain. Sebagai contoh, pada period pertama, kekuasaan berada di tangan khalifah, pada period kedua, kekuasaan hilang dari tangan para khalifah dan pada period ketiga,kekuasaan berada semula ditangan para khalifah tetapi hanya di Baghdad dan kawasan-kawasan di sekitarnya(Prof. Dr. A.Syalabi, 2000,4).
Rajah diatas menunjukan sebuah peta dunia semasa kemuncak zaman pemerintahan dinasti Abassiyyah.
Untuk pengetahuan semua bahawa dinasti kerajaan Abassiyyah merupakan empayar kedua islam yang terbesar selepas kejatuhan pemerintahan dinasti kerajaan Ummaiyyah. Dinasti ini mula berkuasa pada tahun 750 selepas mereka mengalahkan tentera Umaiyyah semasa dalam medan peperangan. Dinasti ini telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan dinasti ini mengalami kejatuhan dan akhirnya berakhir pada tahun1258 setelah Hulagu Khan iaituseorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad
No comments:
Post a Comment