Monday 19 September 2011


HIGHWAY TO HEAVAN


1. Searching for the fast track to Heavan.
2. Answering the meaning of life with evidences.
3. Engaging in self fulfillment through pleasing the Creator of everything,                             
    Allah.
4. Making a testament to inspire others and enlighten them to the truth.
 There is one God. Alone with no partner belong to Him, all sovereignty and praise. He is over all things omnipotent.


Monday 5 September 2011

zaman pemerintahan dinasti Abassiyyah







Pemerintahan Dinasti Abassiyah adalah berketurunan daripada al-Abbas, bapa saudara Nabi S.A.W. Penubuhan dinasti ini adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap tampuk pemerintahan Islam iaitu khalifah lebih layak disandang oleh keluarga Rasul dan sanak-saudaranya. Tetapi idea ini telah dikalahkan di zaman permulaan Islam itu, di mana pemikiran Islam yang sihat menetapkan bahawa khalifah itu adalah milik  kepunyaan seluruh kaum muslimin dan mereka berhak melantik sesiapa sahaja antara kalangan mereka untuk menjadi ketua setelah mendapat sokongan. Tetapi orang-orang parsi yang masih berpegang kepada prinsip hak ketuhanan yang suci, terus berusaha menyebarkan prinsip tersebut sehinggakan mereka berjaya membawa Bani Hasyim ke tampuk pemerintahan(Prof. Dr. A.Syalabi, 2000,4).
     Tahun pemerintahan dinasti Abassiyyah bermula dari tahun 132H hingga tahun 656H iaitu selama 524 tahun. Tempoh sebegitu lama yang dinikmati oleh golongan Abassiyyah ketika memegang tampuk pemerintahan tidak beerti bahawa kekuasaan para khalifahnya sama sejajar. Sebaliknya kekuasaan tersebut adalah berbea-beza yang menyebabkan para pengkaji membahagikan tempoh pemerintahan Abassiyyah itu kepada beberapa period. Tempoh pemerintahan  Abassiyyah itu dibahagikan kepada tiga period yang masing-masing mempunyai cirri-ciri tersendiri berbeza dari yang lain. Sebagai contoh, pada period pertama, kekuasaan berada di tangan khalifah, pada period kedua, kekuasaan hilang dari tangan para khalifah dan pada period ketiga,kekuasaan berada semula ditangan para khalifah tetapi hanya di Baghdad dan kawasan-kawasan di sekitarnya(Prof. Dr. A.Syalabi, 2000,4).


    Rajah diatas menunjukan  sebuah peta dunia  semasa kemuncak zaman pemerintahan dinasti Abassiyyah.
Untuk pengetahuan semua bahawa dinasti kerajaan Abassiyyah merupakan empayar kedua islam yang terbesar selepas kejatuhan pemerintahan dinasti kerajaan Ummaiyyah.     Dinasti ini mula berkuasa pada tahun 750 selepas mereka mengalahkan tentera Umaiyyah semasa dalam medan peperangan. Dinasti ini telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan dinasti ini mengalami kejatuhan dan akhirnya berakhir pada tahun1258 setelah Hulagu Khan iaituseorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad

Saturday 3 September 2011

CIRI-CIRI DATANGNYA MALAM
LAILATUL QADAR






Sebagaimana kita ketahui, Allah menurunkan Al Quran dalam bulan Ramadan dan malam turunnya Al Quran itu adalah malam qadar, malam yang penuh keberkatan sebagaimana disampaikan oleh Allah dalam firmannya:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam Al Qadar dan tahukah kamu apa yang dimaksud dengan malam kemuliaan (Al Qadar) itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahterahlah (malam itu) sampai terbit fajar. “  (QS.Al Qadr ayat 1-5)
Juga diriwayatkan oleh HR Bukhari dari Aisyah,  Rasulullah bersabda:
“Carilah dengan hati-hati sekali malam Al Qadar itu di malam-malam yang ganjil dari puluhan yang  akhir dari Ramadan.”
Dari firman Allah dan hadis tersebut di atas kita mengetahui bahwa malam Lailatul Qadar terjadi dalam bulan Ramadan pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Karena tidak ada seorang manusiapun yang mengetahui kapan malam yang nilainya sama dengan seribu bulan itu akan datang, terlebih lagi di negeri kita sering terjadi perbedaan penetapan awal Ramadan yang menyebabkan perbedaan jatuhnya hari-hari ganjil pada sepuluh hari terakhir.
Maka sebaiknya di setiap malam sepuluh hari terakhir itu kita selalu mempersiapkan diri untuk menyambut datangnya malam Lailatul Qadar dengan memperbanyak ibadah, yaitu memperbanyak salat, istighfar, tahlil, tahmid dan ibadah-ibadah lainnya.
Banyak pertanyaan apakah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar itu? Tentang ciri-ciri malam Lailatul Qadar banyak ulama yang bebeda pendapat, tetapi berikut ini adalah ciri-ciri datangnya malam Lailatul Qadar yang sering diceramahkan ataupun dituliskan oleh para ulama:
Pertama, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) pada malam itu akan melihat seluruh benda dan makhluk di muka bumi ini bersujud kepada Allah.
Kedua, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) akan melihat semuanya terang benderang walaupun suasananya di tengah malam.
Ketiga, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu mendengar salam malaikat dan tutur katanya.
Keempat, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu dikabulkan segala doanya.
Dan kelima, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.
Karena bulan Ramadan adalah bulan yang utama, bulan yang penuh berkat sebagaimana telah dijanjikan Allah, kiranya akan lebih baik kita memperbanyak ibadah terlebih lagi di sepuluh hari terakhir Ramadan dengan tidak usah mengingat ciri-ciri malam Lailatul Qadar.
(Ditulis berdasarkan referensi Al Qur’an,  Buku Pedoman Puasa, Prof. DR. T.M Hasbi Ash Shiddieqy dan Buku Puasa Ramadan, DR. H. Ridjaluddin F.N; M.Ag).
ILMU YANG BERMANFAAT




Pada 10 Ogos yang lalu, kuliah bagi subjek kembara alam telah menganjurkan aktiviti kembara malam yang diorganisasikan oleh mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri. Ini merupakan aktiviti yang pertama yang dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dengan bimbingan pensyarah-pensyarah. Bagi aktiviti ini, sahabat saya, Akimullah yang telah menjadi pengarah program kembara malam dan juga dibantu oleh sahabat-sahabat saya yang lain.
   Program kembara malam ini telah dilaksanakan pada malam di bulan ramadhan selama satu malam sahaja. Walaupun perlaksanaan aktiviti ini hanya satu malam tetapi kami semua yang mengikuti aktiviti ini telah dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna yang tidak mudah untuk semua orang merasainya .
   Tujuan bagi melaksanakan program ini adalah untuk memberi pendekatan mahasiswa dan mahasiswi terhadap alam sekitar. Selama kami mengikuti program tersebut, kami telah diterangkan mengenai kepentingan wisel semasa berada dalam kecemasan sewaktu berada didalam hutan. Selain itu , kami juga turut diajar cara menggunakan "password", cara cabar "password" dan bermacam lagi yang berkenaan dengan penggunaan "password". Taklimat sistem body dan permainan yang akan diadakan juga diterangkan oleh abang dan kakak fasi.
   Setelah itu, kami telah diarahkan untuk bergerak dalam kumpulan untuk mencari tapak perkhemahan. Seterusnya kami bekerjasama dalam kumpulan untuk meyediakan makanan untuk bersahur dengan memasak sendiri setelah segala peralatan seperti mastin,beras,sarbin,ponco dan air mineral diagihkan kepada semua kumpulan. Sewaktu ini lah, pelbagai cabaran menimpa kami, bagi kumpulan saya,tapak perkhemahan kami basah dan sukar untuk menyalakan unggun api untuk memasak. Selain itu saya juga telah tercedera kerana terkena buluh, pada waktu itu rakan kumpulan saya sudah risau melihat keadaan saya kerana darah banyak keluar dari tangan saya yang tercedera. Saya pun suruh lah mereka bertenang,kerana saya ada sedikit pengalaman sebergini. setelah saya basuh luka saya,tidak lama kemudian darah pun berhenti keluar. 
    Sekitar jam 6 pagi, kami diarahkan untuk kemas barang dan berkumpul untuk taklimat terakhir sebelum pulang ke kolej kami. 
    Saya telah mendapat banyak ilmu dan pengalaman setelah mengikuti aktiviti tersebut antaranya kita perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk memudahkan kerja,kita perlu banyak bersabar walaupun berada dalam kesusahan, kita perlu memiliki ilmu sebelum melaksanakan sesuatu dan akhir sekali ilmu bukan hanya dapat semasa berada didalam kelas atau kuliah tetapi ilmu kita boleh miliki melalui pelbagai cara...........


                                            





PENGERTIAN RAMADHAN


Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.


Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.