Saturday, 3 September 2011

ILMU YANG BERMANFAAT




Pada 10 Ogos yang lalu, kuliah bagi subjek kembara alam telah menganjurkan aktiviti kembara malam yang diorganisasikan oleh mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri. Ini merupakan aktiviti yang pertama yang dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dengan bimbingan pensyarah-pensyarah. Bagi aktiviti ini, sahabat saya, Akimullah yang telah menjadi pengarah program kembara malam dan juga dibantu oleh sahabat-sahabat saya yang lain.
   Program kembara malam ini telah dilaksanakan pada malam di bulan ramadhan selama satu malam sahaja. Walaupun perlaksanaan aktiviti ini hanya satu malam tetapi kami semua yang mengikuti aktiviti ini telah dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna yang tidak mudah untuk semua orang merasainya .
   Tujuan bagi melaksanakan program ini adalah untuk memberi pendekatan mahasiswa dan mahasiswi terhadap alam sekitar. Selama kami mengikuti program tersebut, kami telah diterangkan mengenai kepentingan wisel semasa berada dalam kecemasan sewaktu berada didalam hutan. Selain itu , kami juga turut diajar cara menggunakan "password", cara cabar "password" dan bermacam lagi yang berkenaan dengan penggunaan "password". Taklimat sistem body dan permainan yang akan diadakan juga diterangkan oleh abang dan kakak fasi.
   Setelah itu, kami telah diarahkan untuk bergerak dalam kumpulan untuk mencari tapak perkhemahan. Seterusnya kami bekerjasama dalam kumpulan untuk meyediakan makanan untuk bersahur dengan memasak sendiri setelah segala peralatan seperti mastin,beras,sarbin,ponco dan air mineral diagihkan kepada semua kumpulan. Sewaktu ini lah, pelbagai cabaran menimpa kami, bagi kumpulan saya,tapak perkhemahan kami basah dan sukar untuk menyalakan unggun api untuk memasak. Selain itu saya juga telah tercedera kerana terkena buluh, pada waktu itu rakan kumpulan saya sudah risau melihat keadaan saya kerana darah banyak keluar dari tangan saya yang tercedera. Saya pun suruh lah mereka bertenang,kerana saya ada sedikit pengalaman sebergini. setelah saya basuh luka saya,tidak lama kemudian darah pun berhenti keluar. 
    Sekitar jam 6 pagi, kami diarahkan untuk kemas barang dan berkumpul untuk taklimat terakhir sebelum pulang ke kolej kami. 
    Saya telah mendapat banyak ilmu dan pengalaman setelah mengikuti aktiviti tersebut antaranya kita perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk memudahkan kerja,kita perlu banyak bersabar walaupun berada dalam kesusahan, kita perlu memiliki ilmu sebelum melaksanakan sesuatu dan akhir sekali ilmu bukan hanya dapat semasa berada didalam kelas atau kuliah tetapi ilmu kita boleh miliki melalui pelbagai cara...........


                                            




No comments:

Post a Comment